as salam kepada pembaca yang sedang membaca blog ini.
sudah pukul 2 pagi dan saya masih belum tidur. esok (maksud saya hari ini) kelas akan bermula pada pukul 9 pagi. jadi, apa masalahnya? emmm tiada apa-apa masalah sebenarnya.
pernah tak anda merasai saat di mana anda berada di situasi saya? maksud saya begini, apabila kita terfikirkan bagaimana kita hendak menyusun ayat untuk di luahkan, tapi bukan ayat-ayat cinta atau ayat-ayat jiwang mahupun ayat-ayat suci. cuma ayat biasa seperti dalam percakapan seharian. kita sudah yakin apa yang hendak di katakan tetapi apabila sudah di ucapkan, terdapat sesuatu yang tidak kene pada ayat tersebut.
saya memberi contoh, saya sedang berbual-bual dengan rancak bersama beberapa orang rakan dan secara spontan saya menyebut
"eh esok bawak la GAPE TAMEBOY kau".
ermmmmm....
dan sebenarnya, perkataan tersusun yang sebetulnya ialah
TAPE GAMEBOY.
selepas saya menyebut ayat salah tersebut, saya terdiam dan memikirkan apa yang tidak kene dengan ayat itu.
apabila rakan-rakan lain yang sudah
menangkap kesalahan ayat saya, mereka pun tertawa berdekah-dekah.
apabila saya sedang berak di tandas di restoran mamak dan tiba-tiba teringat tentang peristiwa tersebut, saya ketawa bersendirian dan menyebabkan mamak di restoran itu mengetuk pintu dan bertanya
"are u okay?"sekian