Monday, April 13, 2009

bosan.

as salam kepada pembaca yang sedang membaca blog ini.

sudah pukul 2 pagi dan saya masih belum tidur. esok (maksud saya hari ini) kelas akan bermula pada pukul 9 pagi. jadi, apa masalahnya? emmm tiada apa-apa masalah sebenarnya.

pernah tak anda merasai saat di mana anda berada di situasi saya? maksud saya begini, apabila kita terfikirkan bagaimana kita hendak menyusun ayat untuk di luahkan, tapi bukan ayat-ayat cinta atau ayat-ayat jiwang mahupun ayat-ayat suci. cuma ayat biasa seperti dalam percakapan seharian. kita sudah yakin apa yang hendak di katakan tetapi apabila sudah di ucapkan, terdapat sesuatu yang tidak kene pada ayat tersebut.

saya memberi contoh, saya sedang berbual-bual dengan rancak bersama beberapa orang rakan dan secara spontan saya menyebut "eh esok bawak la GAPE TAMEBOY kau".

ermmmmm....

dan sebenarnya, perkataan tersusun yang sebetulnya ialah TAPE GAMEBOY.

selepas saya menyebut ayat salah tersebut, saya terdiam dan memikirkan apa yang tidak kene dengan ayat itu.

apabila rakan-rakan lain yang sudah menangkap kesalahan ayat saya, mereka pun tertawa berdekah-dekah.

apabila saya sedang berak di tandas di restoran mamak dan tiba-tiba teringat tentang peristiwa tersebut, saya ketawa bersendirian dan menyebabkan mamak di restoran itu mengetuk pintu dan bertanya "are u okay?"

sekian

3 comments:

  1. ahhahaha
    restoran mamak mana kaw wat drama tuh?
    hahahaha wan merenk! :)

    ReplyDelete
  2. wakakaka taw3. pernah je.
    dgn muke x leh bla ko. mesti tomey2 bak kate salghee. haha.
    and owh. mamak mane speaking tuh? XD

    ReplyDelete
  3. nora ; restoran ali maju kat ukay perdana. datang la nora, air kosong die sedap tau.

    rambo a.k.a rainbow ; aku tak tahu name mamak tu tapi die slalu tanye aku fon aku model ape. aku pakai model fon nokia 3310 pun die tanye jugak. aku rase mcm die perli aku. satu hari nnt aku nk pancitkan tayar beskal die.

    ReplyDelete