Sunday, April 19, 2009

skola tingkatan 4 ngan 5.....



Haha aku terjumpa balik gambar sekolah aku. Tapi terjumpa yg form 4 n form 5 punye je. yg lain2 aku x jumpe pulak. hehehehehe. tgk muka pun dah tahu perangai sorg2 kan?? kan??? smk telok gadong klang. kelas Tekun (2004,2005).

"wan polini" (suatu masa dahulu)





mase tgh lepak2 kat umah member aku, tibe2 die bukak cite pasal motor lama aku n die tunjuk buku lame ni. aku pun pinjam jap buku die sbb buku aku ntah mane hilang. kenangan lame ni oooo. tags - gilera polini replika replica malaysia italino machinto chikannoz klang dataran merdeka skuterama

Monday, April 13, 2009

bosan.

as salam kepada pembaca yang sedang membaca blog ini.

sudah pukul 2 pagi dan saya masih belum tidur. esok (maksud saya hari ini) kelas akan bermula pada pukul 9 pagi. jadi, apa masalahnya? emmm tiada apa-apa masalah sebenarnya.

pernah tak anda merasai saat di mana anda berada di situasi saya? maksud saya begini, apabila kita terfikirkan bagaimana kita hendak menyusun ayat untuk di luahkan, tapi bukan ayat-ayat cinta atau ayat-ayat jiwang mahupun ayat-ayat suci. cuma ayat biasa seperti dalam percakapan seharian. kita sudah yakin apa yang hendak di katakan tetapi apabila sudah di ucapkan, terdapat sesuatu yang tidak kene pada ayat tersebut.

saya memberi contoh, saya sedang berbual-bual dengan rancak bersama beberapa orang rakan dan secara spontan saya menyebut "eh esok bawak la GAPE TAMEBOY kau".

ermmmmm....

dan sebenarnya, perkataan tersusun yang sebetulnya ialah TAPE GAMEBOY.

selepas saya menyebut ayat salah tersebut, saya terdiam dan memikirkan apa yang tidak kene dengan ayat itu.

apabila rakan-rakan lain yang sudah menangkap kesalahan ayat saya, mereka pun tertawa berdekah-dekah.

apabila saya sedang berak di tandas di restoran mamak dan tiba-tiba teringat tentang peristiwa tersebut, saya ketawa bersendirian dan menyebabkan mamak di restoran itu mengetuk pintu dan bertanya "are u okay?"

sekian